Syekh Yasin Al-Fadani , Ulama Besar
Minangkabau di Tanah Suci
Di antara ulama Nusantara yang kehebatannya diakui secara luas di dunia Islam ialah Syeikh Fadani. Beliau merupakan tokoh Minang yang terkemuka di Tanah Suci setelah Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau. Namanya terukir indah dalam buku-buku biografi ulama modern. Beliau digelari sebagai muhaddis dan ahli fikih abad ini. Selain menulis, beliau juga mengajar dan mentadbir beberapa sekolah di Mekah. Artikel ini dimaksudkan untuk menyerlahkan sejarah hidup dan karya tulisnya.
Sejarah
Hidup dan Pendidikan
Syeikh
Muhammad Yasin al-Fadani dilahirkan di tengah keluarga ulama yang taat di
Misfalah Mekah pada hari Selasa, 27 Sya’ban 1335H/17 Juni 1917M. Beliau adalah
cahaya mata pasangan Syeikh Muhammad ‘Isa bin Udiq al-Fadani dan Maimunah binti
Abdullah Fadan. Di samping dengan kedua orang tuanya, beliau telah berguru
kepada paman di pihak ayahnya, Syeikh Mahmud Engku Hitam al-Fadani.
Pada tahun
1346H/1927M beliau bersekolah di Madrasah Sawlatiyah hingga tahun
1353H/1935M. Beliau kemudian pindah ke Madrasah Dar al-‘Ulum yang baru saja
dibangun oleh Sayyid Muhsin Falimbani pada 16 Syawwal 1353H/22 Januari 1935M.
Syeikh Fadani menamatkan pengajiannya di sini pada 14 Rabi’ al-Awwal 1356H/25
Mei 1937M (Ahmad, [t.th]). Selain pendidikan formal, beliau juga menimba ilmu
di lingkungan Masjid al-Haram dan di kediaman para masyayikh di
sekitar Mekah, Madinah, Thaif, dan Riyadh. Beliau juga pernah melakukan lawatan
ke Indonesia, Malaysia, Yaman, Mesir, Syiria, Kuwait, dan sebagainya (Zakwan,
1993).
Syeikh Fadani telah berguru kepada 700 ulama di zamannya, dari pelbagai suku-bangsa, sama ada yang belajar langsung ataupun sekedar mengambil ijazah ilmu (Mar’ashli, 2005). Antaranya Syeikh ‘Abd al-Karim al-Khatib Minangkabau, Syeikh Ahmad Mansur Filfulani, Syeikh ‘Abd al-Qadir Mandili, Syeikh ‘Abd al-Satar Dehlawi, Syeikh Hasan Mashat, KH. Hasyim Asy’ari, Syeikh Ibrahim Dawud Fatani, Syeikh Djanan Thaib Minangkabau, Syeikh Khalifah Nabhani, KH. Ma’sum Lasem, Syeikh Ahyad Bughuri, Syeikh ‘Atarid Bughuri, Sayyid ‘Alawi Maliki, Sayyid Muhsin Falimbani, Syeikh ‘Umar Bajunid, Syeikh ‘Umar Hamdan, Syeikh Zubayr Ahmad Filfulani, dan banyak lagi.
Adapun mengenai
perjalanan karier beliau, bermula sejak dilantik menjadi guru di Madarasah Dar
al-‘Ulum, tahun 1356H/1937M. Antara mata pelajaran yang diasuh oleh beliau
ialah hadis, fikih Shafi’i, usul al-fiqh, qawa’id
fiqhiyyah, nahu, sharaf, balaghah dan ilmu falak (Mar’ashli, 2005).
Kiprahnya di dunia akademik kian rancak sehingga dilantik menjadi wakil mudir,
sejak 1359H/1940M hingga 1384H/1964M.
Setelah
kepulangan Syeikh Ahmad Mansur ke Tanah Melayu, tahun 1384H/1964M, beliau
menggantikan posisi gurunya itu sebagai mudir Madrasah Dar al-‘Ulum hingga ke
akhir hayatnya. Syeikh Fadani juga terlibat dalam pembangunan Madrasah al-Banat
al-Ibtida’iyah yang diresmikan pada Rabi’ al-Awwal 1362H/Maret 1943M.
Institusi ini merupakan sekolah perempuan kedua dalam Kerajaan Arab Saudi.
Beliau juga membangun Ma’had al-Mu’allimat al-Ahliyyah, sekolah bagi calon guru
yang didirikan pada Rabi’ al-Akhir 1377H/Oktober 1957M. Ilmu yang diajarkan di
sini diantaranya ilmu psikologi pendidikan dan ilmu metodologi pengajaran, dan
lain-lain.
Di samping
itu, beliau juga mengajar di Masjid al-Haram dan di rumahnya. Bahkan, tradisi
ilmu di rumahnya masih diteruskan hingga kini oleh murid-murid beliau. Tidak
heran, jika beliau melahirkan anak didik yang teramat sukar untuk diperkirakan
bilangan pastinya (Mamduh, 1983). Antara yang terkemuka ialah Dato’ Syeikh
Abdul Halim Abd Kadir, KH. Abdul Hamid Abd Halim, KH. Dr. Abdul Muhith, Prof.
Dr. Abdul Wahhab Ibrahim, Syeikh Dr. Ali Jum’ah, KH. Dr. Ahmad Sahal Mahfuz,
Tan Sri Hasan Azhari, KH. Dr. Maghfur Usman, KH. Maimun Zubair, Syeikh Dr.
Mahmud Sa’id Mamduh, Syeikh Nur al-Din Banjari, Prof. Dr. Said Agil Husin
al-Munawar, KH. Syafi’i Hadzami, Syeikh Dr. Yusuf al-Mar’ashli, KH. Zakwan Abd
Hamid, dan ramai lagi.
Komentar
Para Ulama :
Syekh
Zakaria Abdullah Bila teman dekat
pendiri Nahdlatul Wathan yaitu Syekh M. Zainuddin pernah berkata, “waktu saya
mengajar Qawa’idul-Fiqhi di Shaulatiyyah, seringkali mendapat kesulitan yang
memaksa saya membolak balik kitab-kitab yang besar untuk memecahkan kesulitan
tersebut. Namun setelah terbit kitab Al-Fawa’idul-Janiah karangan Syekh
Yasin... menjadi mudahlah semua itu, dan ringanlah beban dalam mengajar.
Seorang ahli
Hadits bernama Sayyid Abdul Aziz Al-Qumari pernah memuji dan menjuluki
beliau sebagai kebanggaan Ulama Haramain dan sebagai Muhaddits.
Doctor Abdul
Wahhab bin Abu Sulaiman (Dosen Dirasatul ‘Ulya Universitas Ummul Qura) di dalam kitab: الجواهر الثمينة في بيان أدلة عالم المدينة berkata: Syekh Yasin adalah Muhaddits, Faqih, Mudir
Madrasah Darul-Ulum, pengarang banyak kitab dan salah satu Ulama Masjid
Al-Haram...
Syekh Umar
Abdul-Jabbar berkata
didalam surat kabar Al-Bilad (jumat 24 Dzulqaidah 1379H/ 1960M): “...bahkan
yang terbesar dari amal bakti Syekh Yasin adalah membuka madrasah putri pada
tahun 1362H. Dimana dalam perjalanannya selalu ada rintangan, namun beliau
dapat mengatasinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.
Assayyid
Abdurrahman bin Muhammad bin Abdurrahman Al-Ahdal sebagai Mufti negeri Murawah Yaman
saat itu, mengarang sebuah syiir yang panjang husus untuk memuji Syekh Yasin
Al-Fadani Berikut saya nukilkan satu bait saja yang berbunyi:
أنت في العلم والمعاني فريد......
وبعقد الفخار
أنت الوحيد
“Engkau tak
ada taranya dalam ilmu dan hakekat, Dibangun orang kejayaan kaulah satu-satunya
yang jaya”
Doctor Yusuf
Abdurrazzaq sebagai
dosen kuliah Ushuluddin Universitas Al-Azhar cairo juga memuji beliau dengan
perkataan dan syiir yang panjang, saya nukilkan satu bait saja yang bunyinya:
أنت فينا بقية من كرام......لا ترى
العين مثلهم إنسانا
“Engkau di
tengah kami orang terpilih dari orang terhormat, tak pernah mata melihat
manusia seumpama mereka.”
Ustaz Fadhal
bin M. bin Iwadh Attarimi-pun berkata :
فيا طالب العلم لب نداء......ياسين
وافرح بهذا القرى
“Wahai
pencari ilmu sambutlah panggilan Yasin, bergembiralah dengan sajian yang ia
sajikan,”
Doctor Ali
Jum’ah yang
menjabat sebagai Mufti Mesir dalam kitab Hasyiah Al-Imam Al-Baijuri Ala
Jauharatittauhid yang ditahqiqnya, pada halaman 8 mengaku pernah menerima
Ijazah Sanad Hadits Hasyiah tersebut dari Syekh Yasin yang digelarinya sebagai مسند الدنيا Musnid Addunia…
Al-Habib
Assayyid Segaf bin Muhammad Assagaf seorang tokoh pendidik di Hadramaut (pada tahun
1373H) menceritakan kekaguman beliau terhadap Syekh Yasin, dan menjulukinya
sabagai "Sayuthiyyu Zamanihi". Beliau juga mengarang sebuah
syiir untuk memuji beliau, berikut saya nukilkan dua bait saja yang bunyinya
sebagai berikut:
لله درك يا ياسين من رجل......أم
القرى أنت قاضيها ومفتيها
في كل فن وموضوع لقد كتبا
......يداك
ما أثلج الألباب يحديها
“Bagus
perbuatanmu hai Yasin engkau seorang tokoh, dari Ummul Qura engkau Qhadi dan
Muftinya.”
“Setiap
pandan judul ilmu tertulis dengan dua tanganmu, Alangkah sejuknya akal pikiran
rasa terhibur olehnya.”
Assayyid
Alawi bin Abbas Al-Maliki sebagai guru Madrasah Al-Falah dan Masjid Al-Haram, Syekh M. Mamduh
Al-Mishri dan Al-Habib Ali bin Syekh Balfaqih Siun Hadramaut dan
Ulama lainnya, pernah memuji karangan-karangan beliau…
Doctor Yahya
Al-Gautsani bercerita,
pernah ia menghadiri majlis Syekh Yasin untuk mengkhatam Sunan Abu Daud. Ketika
itu hadir pula Muhaddits Al-Magrib Syekh Sayyid Abdullah bin Asshiddiq
Al-Gumari dan Syekh Abdussubhan Al-Barmawi dan Syekh Abdul-Fattah
Rawah.
H.M.Abrar
Dahlan berkata:
“yang membuat beliau lepas dari sorotan publikasi ialah karena ia telah menjadi
lambang Ulama Saudi yang “bukan Wahabi” yang tersisa di Makkah. Walaupun begitu
ia diakui juga oleh ulama Wahabi sebagai Ulama yang bersih dan tidak pernah
menyerang kaum Wahabi.
Tinta Ilmu
dan Murid Murid Beliau :
Jumlah karya
beliau mencapai 97 Kitab, di antaranya 9 kitab tentang Ilmu Hadits, 25 kitab
tentang Ilmu dan Ushul fiqih, 36 buku tentang ilmu Falak, dan sisanya tentang
Ilmu-ilmu yang lain… di antara karangan beliau adalah: al-Arba'un
al-Buldaniyyah, al-Arba'un Haditsan Min Arba'ina Kitaban An Arba'ina Syaikhan,
Bulug al-Amani, Arraudh al-Fatih, dan lain-lain...
Di antara
murid-murid yang pernah berguru dan mengambil Ijazah sanad-sanad Hadits dari
beliau adalah Al-Habib Umar bin Muhammad (Yaman), Syekh M. Ali
Asshabuni (Syam), Doctor M. Hasan Addimasyqi, Syekh Isma’il Zain
Alyamani, Doctor Ali Jum’ah (Mesir), Syekh Hasan Qathirji, Tuan
Guru H. M. Zaini Abdul-Ghani (Kalimantan) dll…
Dan di
antara murid-murid beliau yang di samping mengambil Sanad Hadits, mendapatkan
Ijazah ‘Ammah dan Khasshah, juga diberi izin untuk mengajar di Madrasah
Darul-Ulum adalah: H. Sayyid Hamid Al-Kaff, Dr. Muslim Nasution,
H.Ahmad Damanhuri, H.M.Yusuf Hasyim, H.M. Abrar Dahlan, Dr. Sayyid Aqil Husain
Al
Karomah
Syekh Yasin Al-Fadani :
Seseorang
bernama Zakariyya Thalib asal Syiria pernah mendatangi rumah Syekh Yasin
Pada hari jumat. Ketika Azan jumat dikumandangkan, Syekh Yasin masih saja di
rumah, ahirnya Zakariyya keluar dan solat di masjid terdekat. Seusai solat
jum’at, ia menemui seorang kawan, Zakariyyapun bercerita pada temannya bahwa
Syekh Yasin ra. tidak solat Jum’at. Namun dibantah oleh temannya karena kata
temannya, “kami sama-sama Syekh solat di Nuzhah, yaitu di Masjid Syekh Hasan
Massyat ra. yang jaraknya jauh sekali dari rumah beliau”…
H.M.Abrar
Dahlan bercerita,
suatu hari Syekh Yasin pernah menyuruh saya membikin Syai (teh) dan Syesah
(yang biasa diisap dengan tembakaudari buah-buahan/rokok teradisi bangsa arab).
Setalah saya bikinkan dan syekh mulai meminum teh, saya keluar menuju
Masjidil-Haram. Ketika kembali, saya melihat Syekh Yasin baru pulang mengajar
dari Masjid Al-Haram dengan membawa beberapa kitab… saya menjadi heran, anehnya
tadi di rumah menyuruh saya bikin teh, sekarang beliau baru pulang dari masjid.
H.Mukhtaruddin
asal
Palembang bercerita, pernah ketika pak Soeharto sedang sakit mata, beliau
mengirim satu pesawat khusus untuk menjemput Syekh Yasin. Ahirnya pak
Soehartopun sembuh berkat do’a beliau. Kisah ini selanjutnya didengar sendiri
oleh ayah saya dari Syekh Yasin.
Semoga Allah
swt. merahmati beliau, amin ya Rabbal-Alamin….
________________________________________________________
Referensi :
http://www.let.uu.nl/~Martin.vanBruinessen/personal/publications/mencari_ilmu_dan_pahala.htm
http://www.let.uu.nl/~Martin.vanBruinessen/personal/publications/mencari_ilmu_dan_pahala.htm
0 Tanggapi Ini "Syeikh Yasin Al-Fadani : Ulama Nusantara Di Tanah Makkah"
Posting Komentar
PERHATIAN :
1. Silahkan menggunakan "Anonymous" untuk anda yang tidak memiliki akun.
2. Untuk Pertanyaan Umum, Surat Pembaca dan Konsultasi Agama. Kirim melalui inbox FP Kami.
3. Berkomentarlah dengan sopan dan elegan.
*Kami Tunggu Tanggapan dan Komentar Anda :